semalam mis satu entry, soryla sibuk manjang...prepare untuk ke Langkawi..
sebab kan sibuk , puasa lagi, balik rumah terus packing ape yg patot dlu..tetibe badan jadi cam "kram" (betoi ka eja ni??) sakit kepala berdenyut..(tampal koyok sude...lalala) ...nape ye..kadang2 kita alami sakit2 badan sebab terlalu lama duduk? padahal kerja aku kat opis xdela berat mane..just duduk..duduk and duduk..kalo jalan pon sikit2 je...cmnela xkembang bdn..heee....
Nak tau punca2 sakit badan? ..................................
Angin la ape lagi...............................baca artikel ni:-
Angin dalam tubuh badan
Angin yang terdapat di dalam badan adalah berpunca daripada gas yang terdapat di dalam sistem penghadaman atau sistem gastrointestinal yang mengandungi gas yang tidak berbau yang 99 peratus gas buangan dari usus dan gas yang tidak menyenangkan pula mungkin disebabkan oleh gas yang mengandungi sulfur.Ia dilepaskan oleh bakteria yang ada dalam usus besar.
Angin disebabkan oleh gas atau angin yang terdapat di dalam sistem penghadaman badan datang daripada dua sumber iaitu daripada udara yang disedut dan juga akibat daripada bakteria yang terdapat di dalam usus besar.Bakteria ini terjadi akibat gangguan daripada makanan yang tidak dapat di hadamkan dengan baik.
Bagi seseorang yang mempunyai angin yang banyak di dalam badan pasti merasa tidak selesa dan merasa sakit-sakit seluruh tubuh badan.Bagi yang mudah menghidap penyakit angin ini hendaklah mengubah cara pemakanan seharian iaitu mengurangkan makanan yang menyebabkan angin di dalam badan iaitu kacang, sayuran seperti brokoli,kubis, tauge, bawang dan asparagus,buah pir,epal dan pic, manakala bijirin pula adalah roti gandum.Selain itu jauhilah minuman ringan dan jus buah serta minuman dari produk susu.
Bukan itu sahaja malah mereka yang selalu menghidapi masalah ini di nasihatkan agar banyak minuma air kosong dan kurangkan udara yang anda sedut seperti makan dengan perlahan dan kunyah lebih,elakkan menguyah gula-gula getah,kurangkan merokok,dan jika anda mempunyai gigi tidak teratur jumpalah doktor gigi untuk memperbetulkannya inin juga salah satu caranya.Akhir sekali caranya ialah sediakan jadual berapa banyak makanan berangin yang diambil dalam badan, dan berapa kali anda membuang angin dalam sehari jika 14 hingga 23 kali sehari ia normal tetapi jika lebih mungkin anda perlu berjumpa dengan doktor anda.
thanks to url : http://www.mahsuri.com.my/blog/rawatan/angin-dalam-tubuh-badan sebab bagi infor ni... mohon share :)
CIK EDAYU,
ReplyDeleteBDN MSRED BYK ANGIN SEBAB ADDITED TO COFFEE...NAK QUIT TAPI TAK BERJAYA
@msredcheesecake uuuu so sad coz im addicted to coffee to lar msred ..mmg sakit2 badan..skrg ni yuyu ngah try nk benti slow2 ...amek yg milky sikit so dpt reduce la kandungan coffe tu sikit.. hehe..jgn amalkan tau msred kite usaha sesame reducekan eh.. :P
ReplyDelete