Tuesday, August 24, 2010

Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca! Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!!!


21 Perkara......MySpace

PERTAMA-Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

KEDUA -Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.  

KETIGA - Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu

KEEMPAT -Apabila kamu berkata, " Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah.    

KELIMA - Pabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya.    

MySpace
KEENAM - Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.

KETUJUH - Percayailah cinta pandang pertama.  

KELAPAN - Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.



KESEMBILAN - Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini. 

KESEPULUH - Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.
MySpace

KESEBELAS - Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.  

KEDUABELAS - Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.  

KETIGABELAS - Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"

KEEMPATBELAS - Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

KELIMABELAS  - Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin.

KEENAMBELAS - Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.  

KETUJUHBELAS -  Berpeganglah kepada tiga R:  
1.           Rasa hormat pada diri sendiri;
2.           Rasa hormat kepada orang lain;
3.           Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda   


MySpace

KELAPANBELAS - Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.

KESEMBILANBELAS - Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.

KEDUAPULUH - Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.

KEDUAPULUH SATU  - Ada ketikanya anda perlu bersendirian.    


MySpace

No comments:

Post a Comment